Tuesday, 1 December 2015

2nd Appointment KKK

kul 8 pagi dah terpacak kt KK. Dalam buku appointment kul 9.00. Datang awal pun tak gune, dia tetap pgl kol 9 gak.. kul 9.10 dia pgl. kejap je kali ni..tak jumpe DR and just misi je consult. Balik terus sambung tido. Sebelum tu sempat makan karipap sebiji and roti sebuku cicah teh manis. Bangun kol 2PM smbung buat paperbag princess tu..nak pos hr ni jugak. org tu dah membebel. Tapi kesian pun ade, sebab dia nk guna Sabtu ni. dah lepas post baru la terasa perut lapar sgt sgt..Malam merengsa perut masuk angin. Akibat sgt susah nak makan..Ya Allah pulihkanlah seleraku...malam dah makan bubur Mc d tp perut masih rasa x selesa. Menangis lah semahunya seorg diri. suami dah tido berdengkur. Kesian dia penat. Layan karenah aku lagi..sedih. dah la gaji dia x masuk masuk lagi. nak bayar mcm mcm tak lepas. Aku ade la duit sikit2, hulur la sikit tak nak bagi dia tertekan.....hurmm

Monday, 30 November 2015

An Apple a Day Make Mummy Smile Away

Apple, itulah makanan yang boleh masuk untuk alas perut yang lapar. Dah cube makan bende lain tapi tak bole nak telan. Nak paksa nnti muntah. Belum lagi masuk mulut, memikirkannye pun dah mual. Apalah kene dgn aku ni. Tak nak makan! Esok anak confirm susah gile nak makan. huhuhu..Yang herannya, bila makan apple, terus ok...takde kegusaran lagi. seolah2 baby tu diam dpt makan apple. Ajaibnya apple.

Macam enjoy sgt baby ni makan apple. Tak kisahlah apple hijau ke apple merah. Aku bukanlah suke sgt makan buah apple. Apple hijau yg masam tu aku boleh rasa manis. Huhuhu...Baby taste. Baiklah, mulai hari ni, mummy makan apple sebijik sehari. OK! Esok appointment kol 9 pagi kt KK. Hopefully semua berjalan lancar. Malas nak bangun pagi tapi kene g, bole scan and tgk baby dh membesar..hehehe..

Sunday, 29 November 2015

14th Week Pregnancy

Dah masuk 2nd Trimester. mabuk mabuk mual makin mengganas. pada aawalnya mmg takde langsung nak muntah & pening2. cume rasa penat and mengah je kalau naik tangga. bile dh 12 week ke atas bole dikatakan hari hari muntah. dan hari ni paling teruk. banyak sgt muntah...lembik badan rasanya. genap masuk 14 week, terus rasa down giler.
really need husband attention. Simptom kerap menangis juga berlaku. pantang tgk movie sedih sikit mesti berjurai air mata. kadang2 bila teringatkan emak kt kampung pun sedih smpi menangis2. wak tu menulis blog ni pun tgh menangis..sensitif sgt rasanya perasaan ini. This weekend nak balik kg Temerloh. tp bila fikir balik, esok aku rindu kat laki aku, mesti melalak je rasanya...semoga semua ini cepat berakhir and bayi dlm kandungan sihat walafiat. Hari selasa depan ni 1.12.2015 ade next appointment kat KK. Hope semua lancar. hari hari skang aku minta laki urut belakang badan dan pinggang. rasa tak selesa sebab bayi nak membesar.

Paling tragis bila teringatkan mak kat kampung. dgn keadaan aku tak keje skang, tak mampu nak bg duit belanje. Mohon pada Allah, berikan aku tenaga and murahkan rezeki dgn NSC je. aku slalu bayangkan macam manalah emak aku mengandungkan 10 orang anak. Mesti lagi susah drpd ape yang aku alami sekarang. Zaman dulu mana ade ubat2, makanan yang mcm mcm and arwah ayah pun kerje jauh takde di sini mak..huhuhu....sedih sgt....Takpelah..Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Pregnancy

Suprising, lewat period for 5 days. Terus decide nak beli pregnancy test. and result positive. Yeay! after almost 3 years menanti zuriat. Bersyukur pada mu ya Allah. Week after terus buat pengesahan dekat Klinik Najwa siap scan & kantung dah ada. 4 week masa scan tu. next 2 week terus pergi KK nak buat buku pink & ramainya orang...masa ni belum lah ade rasa mual cume keletihan lah sepanjang masa.. excited!

Thursday, 13 August 2015

Resepi Ayam Bakar Guna Oven

Yeay dah beli oven baru..Merasmikan oven baru dengan bakar ayam. Tak pernah pernah bakar ayampakai oven..Selalu bakar ayam masa BBQ tepi air terjun je..Laki i cakap "alamak, lagi sedap dari Nando's punya ayam laaaaa" ..ahhahaha menggelegak aku senyum sampai ke telinga..

Tengok gambar..menyelerakan ke tak?



Saja nak share resepi

Bahan-bahan:

1. Chicken Wing - 10 ketul
2. Bawang putih x 5 ulas (ditumbuk)
3. Lada hitam satu sudu makan (ditumbuk)
4. Halia - 1 inch (ditumbuk)
5. 1 sudu madu
6. Kicap pekat (guna sos ABC pekat) x 1 sudu
7. Sos Tiram x 2 sudu
8. Serbuk Cili - secukup pedas
9. Kicap Kipas Udang Manis x 1
10. Olive Oil x 1 sudu
11. Butter x 1 sudu

Cara-cara: 

1. Perap ayam dengan semua bahan bahan di atas semalaman. Esoknya bakar....wahahha

2. Susun ayam atas dulang oven yg telah dilapik dengan aluminium foil.

3. Baki perapan tu tabur je atas ayam tu dan simpan sikit bila nak balikkan ayam nanti supaya masak sekata.

4. Panaskan oven tu to the max. Mcm oven saya 250C selama 15 minit.

5. Bila dah siap, masukkan ayam yang telah disusun tadi dan bakar selama 25 minit pada 170 C

6. Then, balikkan ayam and sapu lebihan perapan tadi dan balik lagi skali selama 15 minit pada 170C.

Taraaaaa.....dah siap! Belilah sos Nando's tu dekat Nando's ade and dekat Jaya Grocer pon ade. kat Nandos' rm 14. Kat Jaya Grocer tak sure. Tapi memang ade hari tu...






Wednesday, 5 August 2015

Lunch Alone At The Restaurant?

Tetibe rasa nak share pengalaman makan sendirian ketika lunch hr waktu kerja lah. Saya dah biasa tapi saya akan memilih restaurant yang agak private (selalunya mahal sikit harga makanannya). Nak nak kalau perempuan nak makan sorg sorg mmg tak lah. Mcm mcm yang bermain difikiran kan. Nanti ade org gila datang kacau la, ada perasaan orang sekeliling memerhati dan mengumpat cakap kita takde kawan lah dan mcm mcm lagi kan. Mula mula saya pun rasa begitu. Sampai sanggup tapau makan balik makan kat office. pada saya waktu lunch adelah masa nak menikmati makanan sambil relax. Tak perlu kawan ramai2, hanya melambatkan waktu. Be honest, kat opis saya semua lelaki. dan sy lebih gemar
pergi lunch sorang berbanding keluar dgn staff lelaki yang lain. Mula mula agak segan juga nak makan sorang2. Lama lama dah biasa. Saya akan memilih meja yang agak jauh dari orang or tempat yang agak private. dan pastikan gadget hp ade batery untuk main game. Or ada bahan bacaan utk dibaca sementara menunggu makanan sampai. Tapi sebenarnyer makan seorg diri dapat mendidik jiwa menjadi seorg yg independent. Tak perlu bergantung pada orang lain dan mencerminkan karakter seseorang yang berani. Kenalah sangat dengan prinsip hidup saya yang tak kesah dengan org lain. ahhahaha. Selain menjimatkan masa, tak perlu berborak gossip kosong, kita dapat menenangkan jiwa dan dpt berfikir apa nak buat selepas selepas itu.


Kadang-kadang orang cop kita yang makan sorg ni anti social. Tapi lantaklah orang nak cakap ape kan. Yang penting tak menyusahkan orang. Saya bukanlah anti social, tapi saya jenis orang yang me nombor duakan kawan2. hehehe..Family first, myself first. Bunyi mcm selfish kan, tapi itulah kenyataan. And i'm happy with my life.

Monday, 3 August 2015

Bersedih sedih tiba tiba Asoo tu resign dulu

Apelah yg aku sedihkan nak tinggalkan company ni. Tiba tiba smalam aku tgk asoo tu dah pass laptop dia ke bos. means dia resign. Dah siap bagi tender sebulan yang lalu sebab dia belum confirm. Hari jumaat lalu Chong bg tahu aku yang Jenn Fok ni nak resign. Aku ingatkan dia tak jadi resign sebab dah ade Siu Hong datang konon penyelamat lah katakan. Tup Tup dia berhenti jugak. Dalam hati aku jadi berlapang dada. walaupun aku tender lagi 2 bulan. dalam masa 2 bulan takdelah aku stress sgt nak datang kerja. Hari ni hari kedua aku tender. Another 58 days to go. Aku tengok asoo ni dah resign, seko pon tak datang office. Sedih betul...takpelah. kurang2 aku boleh buat ape aku nak..bole pasang TV..

Thursday, 30 July 2015

Resignation Day

Today is the day i want to submit my resignation letter. Hope everything goes smoothly. This time i'm so nekad after thinking & consider all the factors. I'm a grown up women. No more kids. Tak tahulah kenape bila nak berhenti keje je rasa serba tak kene. Bukan sebab takut tak dapat gaji tapi sebenarnyer takut nak dengar feedback dari bos. Bukanlah mengharapkan Bos counter back, lagipun company ni memang nak buang orang, ekonomi tengah down sekarang. Time to explore another talent dalam diri. Pray for miracle.

Plan for another successful income. Aku ade suami yang bekerja, masih boleh bagi aku makan. And aku ade online business yang masih bole bagi aku duit saku. Hope everything goes smoothly. Rezeki ade di mana mana. Cuma hasrat aku nak hantar mak ke mekah mungkin ter delay. Takpelah mak, ade rezeki kita nnti. Sob...Sob....

Tuesday, 28 July 2015

Hari Hari Makin Lengang

Lengang Hati, Lengang Jiwa. Apekah petandanya? Adik beradik tgh susah ni kt labour room. Nak bersalin anak songsang. Nak tolong ke tak? tak tahu lah. Ya Allah.

Monday, 27 July 2015

Berhenti Kerja

Yesterday at about 4.30PM, Bak my bos panggil masuk bilik. And suprisingly, dia mula merepek cakap this company have financial issue & u get ready to kick out. He speak in a nice way lah but i tak terkejut pun since dah jangka bende ni. And he said, third party from Singapore also bising about me. I don't know about what. Ini mesti si asoo mulut puaka tu punya kerje la. Kalau dia dah tak suke kan. Just keep in mind, this is a good opportunity for me to resign and start expand my online biz. Nak cari keje pon makan masa sebab sekarang ekonomi Malaysia ni pon tgh down. I'm sad the whole day. Share story with husband and the only he can say, "dun worry u have me". "it's not the end of the workd" "i know my wife is strong". He's getting better at counselling me. Tak hairan lah gaji bulan ni boleh dapat cheque. Menunjukkan yang memang this company mmg ade masalah kewangan. So, i'm decided to resign 1 month notice at the end of this month. Lantaklah sape nk ganti aku pon. Tak rugi pon. A better life out there waiting for me. I already make up my mind. ANd it's final. Kali ni bukan ikut kata hati mcm yg sudah, tapi aku mengambil opportunity ini utk terus menjadi lebih kuat. Hakikatnya aku memang sukar nak bekerja dgn Cina especially pompuan. Banyak bende aku nak type ni tapi ntah la, letih plak rasanya.


Sunday, 26 July 2015

Jadi cleaner office plak

aik, mentang mentang lah aku sorang je executive kat company ni, yg lelain manager, aku plak yang memerangkap jadi cleaner. Bila si Bos baru ni masuk keje sini, aku plak yg kene sapu meja dia. amboi..nasib baiklah aku ni jenis tak kisah. Redho kanlah hati ini....

A liltle update!

So long, now i'm came back with a different story. Of cause, manusia will never stop mengeluh dan merungut. But this is y way to express my feeling. Writing in the blog using unknown identity. Ha ha ha. what everlah kan. Asalkan segala gejolak dihati ni dapat di rungkaikan.
It's 10 days after my birthday & just finish Hari Raya celebration. And today is the first day after a week off for holiday. Beraya dengan gaji takde..alahai sengalnye la.. i'm still working in GISB. Bertahan agak lama. This company is so sempoi. No punch card nak touch pagi2. Gaji pon ok. Keje pun kurang banyak dan bos bos pon OK. Tak ramai orang kat office. Just execute a small business but high profit. Bonus pon dapat tiap tiap tahun. Tak miss. Cuti pun senang nak apply. Walaupun tempat keje and workplace quite jauh about 45 minutes drive but i'm still happy. Cuma kadang2 terasa sgt malas nak bangun pagi. Oh My, bilelah aku nak berubah bangun pagi, buat breakfast untuk suami, enjoy the morning smell. huhuhu..kurang productive dalam hidup...

Until one day, there is a chinese lady enter this company as Finance Manager. terus berubah, aku jadi stress, dia pulak jenis yang tak satu kepala dgn aku, agak skema. strict dan sebagainya. Aku jadi tak happy untuk ke tempat keje. Pray that she will leave & until one day, i dah print resign letter and tunggu nak bagi je. Tapi atas tiupan doa my husband, i tak jadi berhenti keje. He still hoping that i will help him. At least aku dah bebal je. Pergi keje balik keje. Seolah olah makan gaji buta. Masuk office pukul 10. Lunch 12.30, kol 5.30 dah balik. Bukan ke tak cukup 8 jam....haha. Masuk keje kol 10 pagi tapi aku bukan terus buat keje pun. Masih terbangak bangak lagi check FB lah, cek email lah, cek segala yg ade, issue semasa, barulah start buat keje. HUHUHU.. Teruknya aku.

AND TODAY, VERY SUPRISINGLY, a chinese man from China boleh pula reporting kat sini. And his face look very bold & bossy. OMG, apekah akan terjadi padaku. Rasa nak give up pon ade. Tapi kita tgk dulu lah. Aku memang berkira kira nak berhenti keje tapi tgk lah nnti mcm mana kan. Nak sgt buat business online secara serious. Oh ya, business online craft ku dah semakin ok. Sebulan boleh la dua kali gandakan ganji. Boleh beli ape nak. Bole tampung bayar hutang itu dan ini dan yang paling penting, wallet tak pernah kering. Dapat bantu suami bayar bil internet pun dah OK..Kene lebih rajin dan bersabar je lagi. Keep posting dalam instagram and should be ok kot. Itulah dah plan to expand the business but still blurr. Maybe need help and need another hand.

Tentang kekeluargaan, i'm still not pregnant. But, my period delay 1 day today. Hopefully ade lah rezeki kali ini. Kadang kadang give up juga tapi i should not give up. I'm strong...Kadang kadang dah terlewat period satu hari pun dah cukup mengembirakan. At least there a hope walaupon akhirnya akan datang juga period itu. Nak emo pon tak guna, For me, me and my husband not try hard enough and we miss a lot of good opportunity. Banyak focus ke bende lain. Just pray for the best!